Oleh
Rafiq
Friday, July 24, 2015
Style rambut lelaki terbaru. Gaya atau style rambut memang tidak boleh dipisahkan bukan sahaja kaum perempuan, malah kaum lelaki juga. Tak kiralah dari kanak-kanak, remaja hinggalah ke dewasa semuanya mahukan style rambut yang terbaru dan penampilan mengikut trend yang terkini. Oleh itu disini dikongsikan beberapa style rambut lelaki terbaru dan juga popular serta yang sering digayakan.
Itulah sebahagian gaya atau style rambut lelaki terbaru yang sering menjadi ikutan ramai atau trend masa kini. Antara yang paling popular adalah style pompadour, side part, fade dan undercut. Style rambut lelaki ini pastinya tidak lengkap jika tidak dikenakan dengan produk perapi rambut atau bahasa mudahnya ialah minyak rambut. Terdapat dua jenis produk perapian rambut yang sering digunakan bagi melengkapkan penampilan yang menarik iaitu jenis pomade dan wax.
Produk perapian rambut jenis pomade adalah untuk gaya rambut yang tahan lama dan kelihatan basah sepanjang masa. Manakala produk perapian rambut jenis wax pula adalah untuk gaya rambut yang tahan lama tetapi sentiasa kelihatan kering. Kedua-dua jenis produk perapian ini memang sinonim dengan style rambut lelaki terbaru ini. Jadi apakah pilihan gaya atau style rambut untuk anda? Apa-apa pun pilihan anda pastikan ianya sesuai dengan dengan penampilan anda dan tidak melampaui batas susila kita sebagai umat Islam yang mementingkan imej yang bersih, kemas dan bersederhana.
0 Komentar untuk "Style rambut lelaki terbaru"